SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PSS SKUSD

Sekolah kebangsaan Ulu Sungai Dua dibuka pada tahun 1953 dan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Abd Rahman Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan. Bagunan asal sekolah ini dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampung. Dahulu atap bangunan adalah daripada rumbia. Kemudian pada tahun 1965 barulah sekolah ini mendapat bangunan papan selepas berlakunya peristiwa ribut.
Sekolah ini terbina dia atas sebidang tanah seluas kira-kira 4.25 ekar. Walau bagaimanapun hanya kira-kira 1 ekar sahaja yang digunkan untuk mendirikan bangunan sekolah. Ini selebihnya masih dibiarkan kosong kerana merupakan kawasan berbukit.
Sekolah ini beroperasi hanya untuk tahap satu sahaja pada awalnya. Keramaian murid sehingga Januari 2007 ialah seramai 26 orang . Bermula pada tahun 2008 kelas bagi tahap dua telah dibuka. Pada tahun 2010 merupakan kali pertama murid sekolah ini menduduki peperiksaan UPSR iaitu seramai 3 orang.
Walaupun sekolah ini dikategorikan dalam SKM, namun semua kemudahan tersedia untuk murid-murid seperti bilik komputer, bilik perpustakaan dan kemudahan internet dan juga ASTRO.
Sekolah ini juga pernah menyertai dan memenangi beberapa siri pertandingan kokurikulum dan sukan. Pada tahun 2004 sekolah ini telah memenangi tempat kedua pertandingan Laman Pusat Sumber peringkat PKG Kuala Pilah dan pada tahun 2005 dalam pertandingan Multimedia sekolah ini telah mendapat naib juara peringkat PKG Kuala Pilah.
No posts.
No posts.